[OWASP-Malaysia] Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011)
Harisfazillah Jamel
linuxmalaysia at gmail.com
Fri Jun 10 00:13:20 EDT 2011
Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 (MOSC2011)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersama email ini dipanjangkan surat cadangan penyertaan MOSC2011
untuk tindakan pihak Tuan / Puan.
Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2011 atau dengan ringkasnya
MOSC2011 adalah acara tahunan anjuran Open Source Developers Club
Malaysia (OSDC.my) dan tahun ini bersama dengan Institut Perubatan dan
Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (AMDI-USM). Ia akan
diadakan dari 3 hingga 5 Julai 2011 di Bayview Beach Resort, Batu
Ferringhi, Pulau Pinang. Tema persidangan untuk tahun ini adalah
“Innovating The Change".
Facebook Event Page
http://www.facebook.com/event.php?eid=152695794775143
MOSC2011 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang
mengandungi dua haluan perbincangan yang akan mewakili semua pihak
yang terlibat dalam dunia Sumber Terbuka; iaitu pembangun perisian
termasuk komuniti Sumber Terbuka, dan juga sektor perniagaan.
Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan
sektor perindustrian dan perniagaan, terutamanya dikawasan Utara
Malaysia seperti K-Perak, Koridor Utara, Pusat Teknologi Pulau Pinang,
Taman Teknologi Kulim dan sebagainya. Ini adalah peluang yang amat
baik untuk kami memperkenalkan keupayaan teknologi Sumber Terbuka
kepada organisasi yang berkenaan.
Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi En.
Sharuzzaman Ahmat Raslan di alamat emel sharuzzaman at mosc.my atau
melalui telefon di nombor 016 - 532 4867; atau Puan Khairunnajah Abd
Kadir di alamat emel khairunnajah at mosc.my atau melalui telefon di
nombor 012 - 631 8980.
Sila lawat laman rasmi MOSC2011 untuk maklumat lanjut dan terkini
http://www.mosc.my/
Sekian, Terima Kasih.
Harisfazillah Jamel
OSDC.my
8 Jun 2011
Untuk simpanan dan rujukan
Surat Jemputan
http://www.scribd.com/doc/57342546/Surat-Jemputan-Peserta-Umum-Malaysia-Open-Source-Conference-2011-MOSC2011
http://cikgucyber.blogspot.com/2011/06/surat-jemputan-untuk-persidangan-sumber.html
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: Surat-Jemputan-Peserta-Umum-mosc2011.pdf
Type: application/pdf
Size: 215086 bytes
Desc: not available
Url : https://lists.owasp.org/pipermail/owasp-malaysia/attachments/20110610/cafddf45/attachment-0001.pdf
More information about the OWASP-Malaysia
mailing list