[Owasp-Malaysia] Sekitar Perkembangan KOSTEM

cikgu yob ayob.alhambra at gmail.com
Fri Dec 31 09:59:40 EST 2010


Alhamdullilah....dah berjaya,,,,ditubuhkan

Mari la..kita sama2.membantu...

2010/12/31 Mohamad Imran <imtym.aku at gmail.com>

> Assalamualaikum & salam sejahtera.
>
> Untuk pengetahuan semua, sekarang ini sedang rancak perbincangan mengenai
> penubuhan *Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)*. Kita
> telahpun mempunyai nama rasmi (seperti diberitahu), motto (*Kebebasan.
> Keterbukaan. Komuniti.*), logo yang direka oleh Tuan ApOgEE (
> http://bit.ly/hMTz07), serta domain. Semua yang disebut -- kecuali logo --
> telah dipilih melalui undian ke atas cadangan-cadangan yang diberi kurang
> lebih sebulan setengah perbincangan di milis KOSTEM.
>
> Masuk tahun 2011, akan bermula perbincangan -- yang saya kira kedua
> kritikal selepas pembentukan organisasi -- mengenai aktiviti dan perniagaan
> yang akan dilakukan oleh Koperasi setelah penubuhan rasminya.
> Aktiviti/Perniagaan juga telahpun disenaraikan, dan sebaik sahaja 2011 tiba,
> akan dibincangkan secara kritikal tentang cadangan-cadangan yang diberi,
> iaitu mahu menentukan tempoh masa dan hal-hal berkaitan setiap yang
> dicadangkan. Maaf, segala idea baru berkenaan aktiviti/perniagaan tidak akan
> dilayan/ditangguhkan dahulu, rasionalnya supaya tidak mengganggu apa-apa
> yang telah dipersetujui serta fokus terhadap idea sebelum. Namun sekiranya
> idea itu dilihat relevan dan punya alasan yang kukuh untuk dimasukkan, tiada
> masalah untuk dikemukakan.
>
> Jadi, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan (serta cik mek molek) agar
> menyertai kami di milis KOSTEM; brainstorming tentang idea-idea berkenaan
> aktiviti/perniagaan serta berbincang apa-apa sahaja mengikut thread yang
> telah disediakan (atau sekiranya mahu membuka thread baru, silakan). Juga
> saudara Syazwan telah mengaktifkan laman wiki untuk berkongsi idea dan
> pandangan.
>
> Semoga penubuhan KOSTEM menjadi realiti dan menjadi sejarah terhadap
> pembangunan FLOSS di Malaysia.
>
> Pautan:
>
>    - Mailing List (Google Groups): http://bit.ly/KOSTEM
>    - Laman Sesawang Rasmi (buat masa ini laman ini dijadikan wiki bagi
>    memudahkan segala hasil  perbincangan dikumpul): http://wiki.kostem.my
>
> Terima kasih.
>
> --
> Aku Tetap Aku™
> http://maklan.blogspot.com/
> https://launchpad.net/~maklanx <https://launchpad.net/%7Emaklanx>
> http://www.facebook.com/mohamadimranishak
>
>
> _______________________________________________
> Owasp-Malaysia mailing list
> Owasp-Malaysia at lists.owasp.org
> https://lists.owasp.org/mailman/listinfo/owasp-malaysia
>
> OWASP Malaysia Wiki
> http://www.owasp.org/index.php/Malaysia
>
> OWASP Malaysia Wiki Facebook
> http://www.facebook.com/pages/OWASP-Malaysia-Local-Chapter/295989208420
>
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.owasp.org/pipermail/owasp-malaysia/attachments/20101231/38d181ae/attachment.html 


More information about the Owasp-Malaysia mailing list