[Owasp-Malaysia] Sekitar Perkembangan KOSTEM

Mohamad Imran imtym.aku at gmail.com
Thu Dec 30 16:24:59 EST 2010


 Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ini sedang rancak perbincangan mengenai
penubuhan *Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)*. Kita telahpun
mempunyai nama rasmi (seperti diberitahu), motto (*Kebebasan. Keterbukaan.
Komuniti.*), logo yang direka oleh Tuan ApOgEE (http://bit.ly/hMTz07), serta
domain. Semua yang disebut -- kecuali logo -- telah dipilih melalui undian
ke atas cadangan-cadangan yang diberi kurang lebih sebulan setengah
perbincangan di milis KOSTEM.

Masuk tahun 2011, akan bermula perbincangan -- yang saya kira kedua kritikal
selepas pembentukan organisasi -- mengenai aktiviti dan perniagaan yang akan
dilakukan oleh Koperasi setelah penubuhan rasminya. Aktiviti/Perniagaan juga
telahpun disenaraikan, dan sebaik sahaja 2011 tiba, akan dibincangkan secara
kritikal tentang cadangan-cadangan yang diberi, iaitu mahu menentukan tempoh
masa dan hal-hal berkaitan setiap yang dicadangkan. Maaf, segala idea baru
berkenaan aktiviti/perniagaan tidak akan dilayan/ditangguhkan dahulu,
rasionalnya supaya tidak mengganggu apa-apa yang telah dipersetujui serta
fokus terhadap idea sebelum. Namun sekiranya idea itu dilihat relevan dan
punya alasan yang kukuh untuk dimasukkan, tiada masalah untuk dikemukakan.

Jadi, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan (serta cik mek molek) agar
menyertai kami di milis KOSTEM; brainstorming tentang idea-idea berkenaan
aktiviti/perniagaan serta berbincang apa-apa sahaja mengikut thread yang
telah disediakan (atau sekiranya mahu membuka thread baru, silakan). Juga
saudara Syazwan telah mengaktifkan laman wiki untuk berkongsi idea dan
pandangan.

Semoga penubuhan KOSTEM menjadi realiti dan menjadi sejarah terhadap
pembangunan FLOSS di Malaysia.

Pautan:

   - Mailing List (Google Groups): http://bit.ly/KOSTEM
   - Laman Sesawang Rasmi (buat masa ini laman ini dijadikan wiki bagi
   memudahkan segala hasil  perbincangan dikumpul): http://wiki.kostem.my

Terima kasih.

-- 
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak
-------------- next part --------------
An HTML attachment was scrubbed...
URL: https://lists.owasp.org/pipermail/owasp-malaysia/attachments/20101231/86479375/attachment.html 


More information about the Owasp-Malaysia mailing list