[Owasp-Malaysia] Ever wonder whos pays?

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia at gmail.com
Thu Dec 23 11:48:05 EST 2010


Assalamualaikum,

peraturan ini kami rangka sekitar tahun 2001 bagi kumpulan
perbincangan email yahoo dunia-digital. Saya panjangkan bulat-bulat
kerana tujuan kami rangkakan peraturan tersebut untuk pengguna
Internet yang mempunyai dialup modem yang mempunyai kelajuan yang
rendah.

Kemajuan teknologi telepon bimbit membuat kita kembali ke zaman itu
dan saya percaya apa yang digariskan dalam peraturan ini boleh diguna
pakai.


archive

http://cikgucyber.blogspot.com/2010/12/peraturan-dunia-digital-kumpulan.html

_____________

Dunia-Digital
_____________

Pengenalan :

Senarai Email Dunia-Digital merupakan kumpulan perbincangan email yang
dikendalikan oleh para sukarelawan yang membahas tentang perkembangan
semasa dunia teknologi infomasi (KOMPUTER DAN INTERNET).

Ia adalah terbuka untuk semua warga Internet tanpa mengira bangsa,
agama, negara dan fahaman politik.

Anda juga boleh bertanya sebarang masalah yang berkaitan komputer &
internet dalam dalam ini.

Peraturan Am :

1. Anda boleh menghantar mail kepada senarai email dengan menggunakan alamat :

dunia-digital at yahoogroups.com atau

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/

---

2. Ingatlah e-mail anda akan dihantar kepada semua ahli dunia-digital
yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pekerjaan. anda
akan dinilai melalui email anda.

Jika anda ingin menghantar e-mail peribadi pastikan alamat e-mail
penerima tersebut berada dalam ruang TO: pada mail client anda dan
email itu TIDAK mempunyai alamat dunia-digital at yahoogroups.com

Sebarang komen dan pendapat peribadi diharapkan tidak dipanjang
didalam Dunia-Digital.

---

3. Jika anda ingin menjawab sesuatu e-mail pastikan anda menghapuskan
"quoted" yang tidak diperlukan.

Kutipan yang tidak relevan apatah lagi menyertakan keseluruhan message
asal berserta header-headernya sekali adalah tidak digalakkan.

Kurangkan panjang e-mail membolehkan e-mail dicapai dengan cepat dan
anda akan menjimat bil telepon ahli-ahli Dunia-Digital dan anda.

---

4. Jika anda melanggan dalam bentuk digest berhati-hatilah semasa
menjawab dan jangan menghantar kembali seluruh digest tersebut.

Langgan digest boleh dilakukan dengan menghantar email kosong kepada
dunia-digital-digest at yahoogroups.com

Untuk kembali menerima email, satu persatu, hantarkan email kosong
kepada dunia-digital-normal at yahoogroups.com

Langganan dalam bentuk "Digest" adalah kandungan email-email seharian
Dunia-Digital yang disatukan dalam satu atau dua email.

---

5. Anda juga ditegah daripada mengirim jawapan hanya sebaris dua
sahaja, yang tiada kaitan dengan
kandungan e-mail yang dikirmkan. Jika rasa ianya perlu, diharapkan ia
dikirimkan secara peribadi kepada penghantar e-mail.

---

6. Sebarang bentuk spamming, flamming war, trooling, iklan peribadi,
cetak rompak dan yang sewaktu dengannya adalah dilarang.


---

7. Hantarkan message anda dalam format plain text sahaja supaya semua
pelanggan yang lain boleh membaca message anda. Lawat laman

http://www.expita.com/nomime.html

---

8. Mailing list ini melarang sebarang bentuk Attachment. Sebaiknya
attachment tersebut diletakkan di mana-mana ruang web percuma dalam
internet dan postkan url attachment tersebut sahaja ke dalam mailing
list.

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/files

AMARAN : Jangan sesekali jalankan mana-mana fail yang dihantar melalui
e-mail. Dunia-Digital tidak membenarkan fail dihantar melaluinya.


---

9. Jagalah sopan-santun dalam tulisan anda. Ingatlah tulisan anda akan
dibaca oleh semua orang termasuk majikan anda sekarang atau di masa
akan datang.

Kebanyakkan mailing list diarkibkan dan diletakkan ditempat dimana
semua orang dapat melihatnya. Email ini juga akan dibaca oleh
sahabat-sahabat yang tidak satu agama dan fahaman. Hormati fahaman
mereka.

Contoh simpanan e-mail

http://www.mail-archive.com/

---

10. Jangan gunakan huruf besar. Seperti halnya dalam surat khabar,
penggunaan huruf besar yang berlebihan tidak sedap dilihat. Dalam
internet pula penggunaan huruf besar membawa maksud "berteriak".

---

11. E-mail mestilah mempunyai tajuk yang bersesuaian dengan maksud penghantaran.

---

12. Jika anda ingin menyertakan signature pastikan ianya tidak
melebihi dari 4 baris. Ingatlah ramai orang membayar sambungan
internet berdasarkan minit. Lagi panjang message anda lagi banyak
mereka bayar.

---

13. Ini Adalah Mailing List Berkaitan KOMPUTER, INTERNET dan Teknologi
Infomasi. E-mail tentang politik dan perkembangan semasa hantarkan ke
tempat yang sesuai seperti  hizbi.net.

http://groups.yahoo.com/group/hizbi/

Dalam Yahoogroups

http://groups.yahoo.com/group/Sutera
http://groups.yahoo.com/group/melayucyber
http://groups.yahoo.com/group/islah-net

diskusi Linux

http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99

---

14. Cadangan sambungan laman untuk dilawati

Forum Ittutor.net

http://www.ittutor.net/

Malaysia Open Source Developers' Club

http://groups.google.com/group/osdcmy-list

---

15. Mailing list ini tidak dimoderator. Bagaimanapun list moderator
berhak menarik balik kebenaran membuat posting (ban) mana-mana user
yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa perlu memberi
sebarang peringatan kepada user terbabit.

---

16.Jika anda TIDAK mahu melanggan Dunia-Digital tetapi masih mendapat
e-mail daripada Yahoogroups.

Yahoogroups memerlukan anda mengesahkan alamat email anda di
http://groups.yahoo.com/

Anda perlu daftarkan diri anda sebagai ahli Yahoo dan kemudian cari
alamat email yang anda gunakan dalam menerima email daripada
Yahoogroups.

Sama ada anda mahu berhenti atau untuk menyambung semula langganan,
pastikan anda mengesahkan alamat email anda.

---

Privacy Statement

1. We never rent, sell, or otherwise make available our subscriber
lists to any third party. We respect your privacy as a subscriber of
this mailing list.

---

Ringkasan :

Untuk menghantar message: dunia-digital at yahoogroups.com

Untuk melanggan list ini (biasa) :  dunia-digital-subscribe at yahoogroups.com
<mailto:dunia-digital-subscribe at yahoogroups.com>

http://groups.yahoo.com/subscribe/dunia-digital

Untuk berhenti dari list: dunia-digital-unsubscribe at yahoogroups.com

Untuk melihat etika internet dalam bahasa inggeris sila ke laman
Sally Hambridge di

http://www.cybernothing.org/cno/docs/rfc1855.html

Untuk melihat etika internet dalam bahasa indonesia sila email  ke
autorespon netiket at indoglobal.com

Perbincangan melalui Web - Bahagian Komputer

http://www.facebook.com/group.php?gid=49953709026

dan http://www.ittutor.net/

Versi 2.2 7 Jun 2001
versi 3.0 22 Nov 2002
Versi 3.1 17 Aug 2003
Versi 3.2 01JAN04
Versi 4.0 1 Dis 2009

-------------

Dokumen asal diambil daripada dokumen pemilik 2D yang lalu.

http://hammer.prohosting.com/~infolink/

Terima kasih untuk sahabat-sahabat disana, daripada mereka wujudlah
Dunia-Digital.


More information about the Owasp-Malaysia mailing list